suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ejen insurans direman selepas ugut, sebar gambar bogel cikgu di Melaka

Ejen insurans direman dua hari kerana dipercayai ugut dan sebar gambar bogel madunya.

SELEPAS kecoh insiden hubungan terlarang antara seorang guru wanita dengan lelaki yang dikenali sebagai 'abang wiring' di Melaka, timbul pula kejadian melibatkan seorang lagi guru di negeri yang sama. 

Kali ini seorang guru menjadi mangsa madunya yang dipercayai mengugut dan menyebarkan gambar bogel guru wanita terbabit pada Mac lalu.

Perintah reman dua hari terhadap ejen insurans itu bermula Ahad sehingga Isnin dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka selepas dipohon pengawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, ibu kepada empat anak berusia 53 tahun itu ditahan pukul 10.15 malam Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

“Wanita itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki bagi siasatan kes itu susulan laporan dibuat madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun.

“Guru terbabit terkejut apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat daripada suspek berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

“Bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering mengganggu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” katanya.

Artikel Lain