PEMPENGARUH Syamimia mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi video penampilan jelitanya ketika menghadiri sebuah acara.
Syamimia atau Mimi dilihat menggayakan busana rona perak yang penuh dengan perincian batu permata, sekali gus menaikkan seri wajahnya.
Menerusi video sama, Syamimia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada jurusolek dan pendandan rambut yang membantunya bersiap untuk ke acara itu.
"Mekap kita daripada Aina dan hairstylist daripada Puteri Dyana.Muka saya kalau mekap klasik, lipstik merah memang nampak macam garang sikit, macam daring.
Syamimia berkongsi video persiapannya sebelum menghadiri sebuah acara.
"Terima kasih Aina dan Puteri Dyana, cantik sangat-sangat. Macam saya request, macam saya bagi gambar," ujar Syamimia menerusi video dikongsi di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji penampilan pempengaruh yang terkenal dengan video berkaitan dekorasi kediaman itu.
Namun, beberapa individu turut menegur pemakaian Syamimia yang dianggap kurang bersesuaian dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia buang ‘patung David’, mohon maaf tak sensitif guna ukiran dewa Yunani buat hiasan rumah
"Masya-Allah lawa sangat. Suka mekap jenis ini pada wajah awak.
"Mekap macam puteri Disney. Love.
"Mekap, rambut semua perfect. Klasik sangat. Tapi maaf baju tak sesuai dengan Mimi.
"Ramai yang puji cantik. Tak dinafikan cantik tapi pakaian terlalu terdedah," tulis netizen lagi.