suria

Trak bomba datang, dapat laporan palsu kemalangan… Peniaga pelik telefon sedang ‘live’ TikTok diguna buat panggilan

Wanita itu terkejut apabila dimaklumkan nombor telefonnya digunakan untuk membuat panggilan palsu.

SEORANG peniaga nasi lemak di Plaza Idaman, Gombak, Selangor terkejut apabila tapak gerainya didatangi oleh sebuah trak bomba pada Rabu.

Lebih menghairankan, seorang anggota memaklumkan terdapat panggilan kecemasan yang dibuat menggunakan nombor telefon milik wanita itu.

Peniaga tersebut, Fazwa Farhanie bertambah terkejut memandangkan telefon miliknya yang menggunakan kad sim itu sedang digunakan untuk membuat siaran langsung TikTok.

"Bomba tanya kat sini ada kemalangan ke tadi? Saya cakap tak ada. Lepas tu dia beritahu nombor telefon kat banner (gerai) ni ada buat panggilan tadi.

"Saya kata nombor kat banner nombor fon saya, tengah buat live dari tadi. Macam mana saya nak call pihak bomba? Tak kan saya nak call saja-saja. 

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita manja jawab ‘call’ bikin scammer tak keruan! Bergetar tulang rusuk sebab ‘sweet’ sangat

"Bomba pun macam terkesima. Ni panggilan palsu la ni. Mereka pun beransur. Selepas itu, ada lagi satu call, tapi bomba juga dekat area Sarawak. Sebab orang hack nombor fon saya tu," jelasnya.

Menurut pemilik TikTok Walawa Empire itu, dia kemudiannya pergi membuat laporan polis selepas selesai berniaga pada hari sama.

Perkongsian peniaga itu mengenai kejadian berkenaan turut menerima pelbagai komen di TikTok.

"Macam mana dia (pelaku) boleh duplicate nombor orang lain? Masalah besar ni.

"Saya pernah kena. Saya call nombor fon suami tapi orang lain angkat. Macam mana satu nombor fon ada dua orang boleh guna?

"Spoof call ni, nak selamat tukar je la nombor telefon lain," tulis netizen.

Artikel Lain