suria

"Ada kes, berminggu heret anak" - Pencinta haiwan kongsi sifat gajah... Trauma, dendam lebih kuat berbanding manusia

Syazlin memaklumkan gajah perasaan gajah adalah berlipat kali ganda berbanding manusia.

IBU kepada anak gajah jantan yang maut digilis lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak, Ahad lalu boleh mati kerana kemurungan.

Pecinta haiwan, Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, berkata gajah merupakan haiwan yang mempunyai memori cukup kuat berbanding manusia.

Tambah wanita yang lebih dikenali sebagai Kakak Raptor itu, insiden menyayat hati ini amat berkait rapat dengan perasaan trauma, kasih sayang dan dendam.

Gajah lebih trauma bila kematian anaknya berlaku dalam keadaan tragis.Gajah lebih trauma apabila kematian anaknya berlaku dalam keadaan tragis.

"Kita sebagai manusia jika ada trauma dan dendam pun rasa sangat teruk dan bayangkan gajah mempunyai perasaan itu dengan ia berganda-ganda lebih kuat.

"Bayangkan ibu gajah melihat kematian anaknya di depan mata dalam keadaan tragis," katanya di TikTok.

Jelasnya, berdasarkan kajian dan semakan yang dibuat, ibu gajah didapati akan 'berkabung' dalam tempoh berbulan-bulan disebabkan kematian anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya anak gajah belum mati selepas digilis… Lelaki cerita si ibu cuba tolak kepala lori tapi tak berdaya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak maut dilanggar, terperosok bawah lori… Video ibu gajah setia menunggu sampai hari cerah undang sebak

"Satu kes di Kenya, ibu gajah tidak tinggalkan jasad anaknya selama dua hari dengan dia goyang untuk kejutkan anaknya dengan harapan ia bangun.

"Ada juga kes gajah mengheret anaknya berminggu-minggu kerana harapkan anaknya hidup kembali," katanya.

Menurut Syazlin, di negara luar, anak gajah yang mati tidak dipisahkan jasad daripada ibunya dalam tempoh tertentu.

Gajah mempunyai perasaan dengan berganda-ganda lebih kuat berbanding manusia.

KAKAK RAPTOR

"Ia supaya ibu berkenaan boleh terima yang anaknya sudah mati dan dia sendiri akan tinggalkan anaknya sebab bila dipisahkan ibu akan terkejut dan tercari-cari (anak)

"Ia akan membuatkannya (ibu) lebih trauma dan murung. Tapi dalam kes di negara kita tidak boleh dibiarkan begitu kerana berlaku di jalan raya," katanya.

Jelasnya, semangat ibu gajah berkenaan akan kembali pulih dengan sikap haiwan itu sendiri yang suka berkawan.

"Dia akan kembali pulih bila ada gajah betina lain, ibu gajah lain yang bersamanya untuk memberikan sokongan moral.

"Namun, ia bergantung pada ibu gajah itu sendiri sama ada mahu bersama atau tidak, kerana ada kes ibu gajah menolak dan lebih menyendiri," katanya.

Gajah adalah haiwan yang aktif pada waktu malam.Gajah adalah haiwan yang aktif pada waktu malam.

Pada Ahad lalu,  seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun mati selepas digilis sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.

Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik oleh saksi menunjukkan ibu gajah tersebut setia menanti di sisi lori selepas anaknya mati.

Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun.

Pasukan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dan Kelantan turut dihantar ke lokasi kejadian.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia