suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak maut dilanggar, terperosok bawah lori… Video ibu gajah setia menunggu sampai hari cerah undang sebak

Tangkap layar rakaman diambil ketika kejadian pagi Ahad. Seekor ibu gajah dilihat tidak berganjak dari lokasi anaknya dilanggar.

SUASANA dingin awal pagi bertukar sayu apabila seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi, Ahad.

Insiden itu berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.

Lebih meruntun perasaan apabila ibu kepada anak gajah malang berkenaan yang turut berada di lokasi enggan berganjak seolah-olah sedang meratapi pemergian anaknya.

Dalam detik penuh emosi itu, ia juga dilihat cuba menolak lori yang melanggar anaknya sebelum berdiri kaku sehinggalah menjelang hari cerah.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, pihaknya segera menghantar pasukan dari Perhilitan Perak dan Kelantan ke lokasi kejadian.

“Ibu gajah dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun itu tidak berganjak. Ia dilihat menunggu anaknya yang berada di bawah lori.

“Tindakan menangkap terpaksa dilakukan kerana ia dilihat seperti meratapi pemergian anaknya itu,” katanya ketika dihubungi media.

Artikel Lain