suria

Polis periksa hospital dan klinik swasta, kesan ibu bayi dibuang dalam Sungai Klang

Polis akan mengesan jejak wanita yang melahirkan bayi dan mencurigakan dari hospital dan klinik swasta sekitar Kuala Lumpur.

POLIS akan melakukan pemeriksaan di hospital dan klinik kesihatan swasta sekitar ibu negara berhubung penemuan mayat bayi lelaki di dalam sungai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Tiada tangkapan dibuat sehingga kini.

"Kita akan bertindak untuk memeriksa hospital dan klinik swasta bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini (10 Mei)," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Terdahulu, dalam kejadian 9 Mei, mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di Sungai Klang berhampiran sebuah restoran di Jalan Klang Lama sekitar pukul 2.05 petang.

Artikel Lain