suria

Ramai mengadu pening, rasa bergoyang… Malaysia kena tempias gempa bumi pukul 4.57 petang di Indonesia

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata kesan gegaran turut dirasai di negara ini.

GEGARAN akibat gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indoesia turut dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 itu berlaku pada pukul 4.57 petang, Ahad.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 

"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini," demikian menurut kenyataan di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi sederhana di Sulawesi, Malaysia turut rasai gegaran

Di ruangan komen, beberapa pelayar Facebook berkata mereka turut merasai kesan gegaran itu.

"Seremban pun terasa. Pening jap.

"Sabak Bernam rasa dekat seminit gegaran.

"Di Putrajaya dapat rasa gegaran tadi," tulis beberapa netizen.

Antara lain, individu dari Langkawi dan Pulau Pinang turut memaklumkan mereka merasai kesan gegaran sebentar tadi.

Artikel Lain