suria

Wanita maut di Kesas... Rupanya sengaja terjun van lepas bertengkar dengan suami

Pihak polis di lokasi kejadian wanita maut dipercayai terjun dari sebuah van.

WANITA yang ditemui maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar pada Selasa dipercayai terjun keluar daripada van. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa berusia 44 tahun sebelum itu bertengkar dengan suaminya.

“(Mangsa) ini tidak berlesen dan terlibat dalam kemalangan. Semasa pertengkaran, si isteri beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Rusdi berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ditahan kes wanita maut tercampak keluar dari van

Tambahnya, suami mangsa berusia 50 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Kinrara, Puchong, Selangor, pada Selasa.

Suspek direman empat hari sehingga Sabtu untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

 

Artikel Lain