SEORANG warga emas berusia 70-an disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Volvo di restoran KFC Sitiawan, Perak.
Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 11 malam.
“Dia dibawa ke HSM sejurus kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 malam namun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.
Pada 8 Mei, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.20 malam.
Menurutnya, terdapat mangsa perempuan warga emas tersepit di bawah kereta dan telah dikeluarkan oleh orang awam.
Operasi terkawal pada pukul 9.30 malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 9.49 malam.