suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami ditahan kes wanita maut tercampak keluar dari van

Pihak polis di tempat kejadian mayat wanita dicampak dari sebuah van.

POLIS menahan suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari sebuah van di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Kinrara, Puchong, pada pukul 6 petang Selasa.

"Suspek mengaku terlibat dalam kes itu. Katanya, berlaku pertengkaran antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah," katanya pada Rabu.

Siasatan menunjukkan suspek positif dadah mempunyai rekod jenayah dan berkaitan dadah.

Pada Selasa, saksi memberitahu polis bahawa mangsa berusia 44 tahun itu dicampak keluar dari sebuah van kira-kira pukul 2.30 petang di Kesas, berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar.

Van tersebut dilihat memecut laju.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. -The Star

Artikel Lain