suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Bezza ‘menggila’, gilis lelaki bertopi keledar depan orang ramai

Tangkap layar video menunjukkan kekecohan yang berlaku ketika kejadian.

SEORANG penunggang motosikal mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta di Taman Sentosa, Klang di Selangor.

Kejadian itu tular selepas satu rakaman video berdurasi 49 saat dimuat naik di media sosial sejak Sabtu malam.

Berdasarkan video berkenaan, penunggang motosikal terbabit dilihat menghempas topi keledar ke arah cermin depan sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Tidak lama kemudian, lelaki itu kelihatan terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar pemandu kereta terbabit.

Lebih mengerikan, tayar belakang kereta tersebut turut kelihatan menggilis bahagian paha penunggang motosikal itu.

Dalam rakaman itu juga, pemandu kereta berkenaan sekali lagi cuba melanggar mangsa yang sedang terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak menjerit meminta mangsa segera bangun dan menyelamatkan diri.

Mereka turut dilihat memarahi pemandu kereta terbabit, namun punca sebenar pergaduhan yang tercetus masih belum diketahui.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung insiden berkenaan.

Artikel Lain