suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tudung dah ‘terbang’, isteri Prince Syed tayang rambut perang... Kepuk-kepuk didandan ‘stylist’ lelaki

Prince Syed memuat naik video menunjukkan imej baharu isterinya.

PERKONGSIAN usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed Shahid tentang imej terkini isterinya secara terbuka mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, menerusi hantaran di TikTok, isterinya Fatin Syazwani yang selama ini dikenali dengan imej berhijab kini tampil tanpa tudung ketika berada di sebuah salun. 

Menerusi rakaman tersebut, rambut Fatin yang diwarnakan perang dilihat sedang ditatarias oleh seorang pendandan rambut lelaki.

Penampilan 'berani' itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terkejut dengan perubahan drastik itu.

Tangkap layar video dikongsikan Prince Syed di TikTok.

"Dah tak pakai tudung ke?

"Abang, saya tengok apa abang muat naik bertahun-tahun. Ni pertama kali tengok kakak free hair.

"Wow cantiknya sis. Ni pertama kali saya tengok sis tanpa tudung dan rambut yang sangat cantik la," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen berteka-teki dan bersangka baik mengenai hantaran yang dibuat tanpa sebarang kapsyen itu.

"Rasanya dia rakam lepas tu nak simpan cuma lupa set private (mod privasi) ni.

"Tak kan la tak sengaja kot. Ni sudah dekat sejam. Tak kan tak keluar kut komen semua ni.

"Saya pun rasa tersalah post sebab selalunya Syed akan bercakap-cakap dalam video," komen beberapa netizen lagi.

Cubaan mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Prince Syed Shahid sendiri bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan itu berhubung video berkenaan.

Artikel Lain