PERSONALITI media sosial, Ammar Nazhan dan rakannya, Aras Abdullah membuat permohonan maaf selepas memalsukan laporan kehilangan ahli pasukannya yang dikenali sebagai Eyka.
"Assalamualaikum. Saya Aras Abdullah dan ini Ammar Nazhan.
"Saya (Ammar) selaku YouTuber Malaysia, dan saya (Aras) selaku TikToker Malaysia, kami ingin mohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak mengulangi lagi, itu saja," ujar dua pemuda itu.
Kisah kehilangan Eyka kecoh menjadi bualan netizen dua negara.
Video permohonan maaf dua pencipta kandungan itu dikongsi menerusi TikTok oleh platform berita Kumparan.
Dalam video itu, mereka berdua dilihat duduk di atas kerusi dengan wajah yang sugul dan serius.
Selain video permohonan maaf secara terbuka, mereka turut menulis surat kepada polis negara itu.
Ini contoh-contoh buat sesuatu perkara yang memburukkan nama Malaysia.
NETIZEN
Antara kandungannya, mereka memohon maaf kepada pihak polis dan mengaku kandungan yang dihasilkan adalah lakonan semata-mata.
Video berkenaan turut dihujani komen netizen termasuklah yang meminta mereka agar dikenakan tindakan.
"Contoh-contoh buat sesuatu perkara yang memburukkan nama Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kehilangan Eyka adalah cerita palsu - Polis Indonesia
ARTIKEL BERKAITAN: Oh, ini sebenarnya Ammar Nazhan... Patut la orang benci!
"Kali ni dah kantoi besar membabitkan polis Indonesia, buat malu je.
"Mohon polis Indonesia bertindak tegas," tulis netizen.
Sebelum ini, Eyka yang juga rakan Ammar dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia pada Isnin.
Ammar Nazhan teruk dikecam netizen gara-gara memalsukan kehilangan demi kandungan video.
Dia kemudiannya ditemukan selamat pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.
Pada hari sama, pihak berkuasa negara itu mengesahkan kehilangan tersebut sebagai cerita palsu serta satu bentuk lakonan.
Jurucakap polis daerah Panyileukan dikenali sebagai Kompol Kurnia berkata, ia adalah satu bentuk kandungan sensasi yang dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.