suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 lelaki Thailand ditahan lepaskan 10 tembakan ke sempadan Malaysia… Beri alasan nak ‘test’ pistol

Kedua-dua warga Thailand itu ditangkap polis atas kesalahan dilakukan.

POLIS menahan dua lelaki warga Thailand selepas dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.28 pagi ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang meronda kawasan sempadan dalam operasi Ops Taring Wawasan Kedah/Perlis.

“Ketika kejadian, anggota PGA sempat mencari perlindungan selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan bantuan segera tiba daripada Pasukan Risik Batalion 1 PGA bersama kenderaan perisai,” jelasnya pada Isnin.

Menurut Razarudin, jarak tembakan itu dianggarkan sejauh 66 meter dari sempadan Padang Besar.

Berikutan insiden itu, pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan sempadan termasuk mewajibkan pemakaian baju kalis peluru dan helmet balistik untuk anggota bertugas.

“Pemantauan menggunakan dron dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) turut dibuat di kawasan kejadian,” tambahnya.

Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek menaiki skuter dengan nombor pendaftaran Thailand, dipercayai datang dari kebun getah berhampiran.

“Mereka berhenti, keluarkan pistol dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan sebelum beredar,” katanya lagi.

Bagaimanapun, polis Thailand berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Padang Besar, Thailand kira-kira pukul 10.40 pagi, Jumaat lalu.

Menurut Razarudin, hasil soal siasat mendapati suspek berusia 21 dan 28 tahun itu mengaku meminjam pistol semi auto (separa automatik) daripada rakan mereka.

“Tujuan mereka adalah untuk mencuba senjata tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah sempadan Malaysia,” ujarnya.

Polis kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk mengesan pistol yang dipercayai telah dipulangkan semula kepada rakan suspek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain