suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! 3 kucing dibunuh di kediaman pelajar, kini dalam siasatan polis

Tular gambar di media sosial menunjukkan tiga ekor kucing dibunuh dengan kejam.

POLIS sedang menyiasat insiden tiga ekor kucing dibunuh dengan kejam di sebuah kediaman universiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur.

Tular gambar di media sosial menunjukkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, bangkai kucing dijumpai oleh pelajar yang menghuni kediaman berkenaan di Jalan Genting Klang, Setapak.

"Tiga ekor kucing ini ditemui mati berlumuran darah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihak polis percaya kejadian berlaku pada 17 November lalu.

"Pelajar memaklumkan mengenai penemuan bangkai kucing itu kepada pengawal keselamatan, satu laporan polis dibuat," ujarnya.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan menganiaya dan khianat terhadap haiwan.

"Siasatan masih dijalankan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain