suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hartawan Ananda Krishnan meninggal dunia

Tokoh perniagaan Ananda disahkan meninggal dunia pada Khamis.

HARTAWAN dan tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia pada Khamis.

Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan iaitu Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan.

"Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd), Ananda Krishnan Tatparanandam.

"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.

Dalam pada itu, pihak syarikat turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain