suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Warga emas maut kereta terbabas dalam parit

Kereta yang dinaiki mangsa di lokasi kejadian. Foto JBPM

BANJIR yang melanda Kapit, Sarawak meragut nyawa seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kemaskini hariannya memaklumkan bahawa Balai Bomba Kapit menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kereta yang dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit di belakang Dewan Serbaguna Persatuan Foo Chow.

Jabatan itu berkata, arus deras menyukarkan usaha menyelamatkan mangsa.

"Mangsa terperangkap di dalam keretanya. Pasukan kami terpaksa memecahkan tingkap dan menggunakan tali untuk mengeluarkannya ke tepi jalan," katanya.

Mangsa yang merupakan satu-satunya berada di dalam kereta kemudian disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk bedah siasat.

Kawasan sekitar Kapit dilanda banjir kilat berikutan hujan berterusan sejak Isnin lalu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain