suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejalan kaki maut digilis kereta, polis giat kesan pemandu langgar lari

Mayat mangsa langgar lari di lokasi kejadian. -Foto IPD Johor Bahru Selatan

SEORANG pejalan kaki yang merupakan warga Myanmar berusia 20 tahun maut dalam insiden langgar lari di Jalan Bayu, Tampoi, Johor pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Rab Selamat berkata pihaknya sedang meminta kerjasama saksi awam untuk berkongsi maklumat kejadian.

"Insiden berlaku pada pukul 9 malam, Khamis. Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki di bahu jalan apabila sebuah kereta yang masih belum dikenal pasti menggilisnya.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke Pejabat Cawangan Trafik," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain