suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan hilang ditemukan mati dalam paya

Mayat seorang kanak-kanak dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat. -Foto JAKOA Daerah Kuala Kangsar

JASAD seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat ditemukan di kawasan berpaya berhampiran Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata jasad kanak-kanak itu ditemukan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada Sabtu sekitar pukul 4.20 petang.

Menurut Mohd Khaizam, sebelum kehilangannya, kanak-kanak itu kali terakhir dilihat bermain di sekitar perkampungan tersebut pada tengah hari Jumaat.

"Tiada kecederaan serius pada badan mangsa. Proses bedah siasat di Hospital Sungai Siput mengesahkan tiada unsur jenayah.

"Pada mulanya kes diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang, kini diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut (SDR)," ujarnya ketika dihubungi.

Mohd Khaizam berkata mangsa dikenal pasti sebagai Nuraina Humaira Rosli, 10, yang merupakan murid darjah empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu.

Tambahnya, beberapa agensi termasuk bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah untuk membantu operasi SAR.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain