suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan, ratusan hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

SUASANA sayu mengiringi upacara pengebumian Nur Farah Kartini Abdullah, wanita yang ditemukan mati dibunuh di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Isnin lalu.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.20 petang, Khamis.

Ratusan orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan serta kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu pada Khamis, van yang membawa jenazah tiba di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang sekitar pukul 5 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nur Farah Kartini dibawa ke Pekan untuk pengebumian

Untuk rekod, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Mayatnya kemudian ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek yang berusia 26 tahun itu direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain