suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Jenazah Nur Farah Kartini dibawa ke Pekan untuk pengebumian

VAN yang membawa jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, kira-kira jam 2.15 petang, Khamis.

Kenderaan tersebut diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa kenderaan ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang sahkan jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan

Abang Allahyarhamah, Mohd Farriza Azmi, 28, sebelum ini mengesahkan jenazah adiknya akan dikebumikan di Pekan, Pahang.

Difahamkan jenazah dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain