suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah diikat, dirompak pula! Pesara guru rugi RM12,700

Seorang pesara guru dirompak dalam satu kejadian awal pagi. -Gambar hiasan

INSIDEN tragis menimpa seorang pesara guru wanita yang diikat dan dirompak dalam kejadian di Kg Datung Melabau, di Beaufort, pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, sebelum kejadian pukul 2.40 pagi itu, mangsa baru selesai menunaikan solat sebelum terlihat satu lembaga melalui tingkap rumahnya.

"Ketika mangsa memeriksa rumahnya, dia melihat seorang individu tidak dikenali memakai topi keledar dengan menutup mukanya menggunakan visor, berdiri di hadapan pintu dapurnya," katanya.

Menurut Ismail, suspek dipercayai menutup pintu dan menolak mangsa ke lantai, sebelum mengikat tangannya menggunakan pita dan membawanya ke biliknya.

Beliau berkata, suspek kemudian didakwa mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya cuba meminta bantuan.

"Lelaki itu disyaki mengambil gelang emas dipakai di tangan mangsa sebelum melarikan dua beg dan wang tunai berhampiran," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa kehilangan seutas gelang emas, beg miliknya yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM2,300, menjadikan kerugian berjumlah kira-kira RM12,700.

Ismail berkata, usaha memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394/506 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini digesa untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain