suria

46 individu disoal siasat, lelaki serbu Balai Polis Ulu Tiram buat serangan ‘lone- wolf’

Lelaki itu bertindak sendirian dalam serangan pada awal pagi Jumaat.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lelaki yang menyerbu Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat bertindak sendirian.

“Berdasarkan soal siasat yang dibuat terhadap lebih 40 individu dan pemeriksaan di rumah suspek, lelaki itu bertindak sendirian.

“Siasatan polis bermula sejurus kejadian, tanpa berlengah-lengah, termasuk menyemak profil atau pangkalan data polis mengenai kejadian serupa.

“Oleh itu, kita telah memanggil seramai 46 individu untuk soal siasat bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati pelaku bertindak sendirian. Ini adalah serangan lone-wolf," katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata darah tak boleh ubah takdir, bapa reda anak meninggal sebagai wira negara... Kakak mohon ampunkan arwah

Untuk rekod, dua anggota polis maut selepas diserang oleh seorang lelaki pada awal pagi Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel, Muhamad Syafiq Ahmad maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, berpangkat koperal yang ditembak suspek kini dilaporkan berada di zon merah di HSI.

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan suspek berusia 34 tahun yang ditembak mati itu merupakan ahli Jemaah Islamiyah (JI).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain