suria

Sayu! Warga emas maut dalam kebakaran bilik, kesan terbakar pada tilam

Lelaki warga emas maut dipercayai akibat terhidu asap kebakaran. -Foto MAINS

SEORANG warga emas lelaki maut akibat terhidu asap dalam kebakaran di bilik kediamannya dekat Kampung Ujung Pasir, Sikamat, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 78 tahun itu juga ditemukan dengan kesan melecur pada badan serta kesan terbakar pada tilamnya.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada puntung rokok.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.40 pagi.

Pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat seterusnya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api sudah dipadamkan.

“Pemeriksaan awal polis menemukan seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam bilik tidurnya. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat kesan terbakar pada tilam dan kesan melecur pada badan mangsa berpunca daripada puntung rokok,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Hatta berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mungkin boleh berubah mengikut laporan bedah siasat yang diperoleh daripada pihak hospital.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Mohamad Idris berkata pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.36 pagi.

“Seorang mangsa berusia 78 tahun ditemukan di lokasi dan berdasarkan siasatan, kebakaran melibatkan bilik tidur dalam sebuah rumah jenis kekal (kelas A) yang dianggar berkeluasan 18×20 kaki persegi.

“Kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain