suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa insiden tembak KLIA selesai jalani pembedahan usus… Keadaan stabil tapi belum sedarkan diri

Insiden tembak di KLIA Terminal 1 pada pukul 1.30 pagi, Ahad.

PENGAWAL peribadi yang mempertaruhkan nyawa sehingga ditembak demi menyelamatkan pemilik agensi pelancongan, Farah Md Isa selamat menjalani pembedahan.

Isteri mangsa, Siti Noraida Hassan memaklumkan Muhammmad Nur Hadith atau senang disapa Along menjalani pembedahan di bahagian usus kira-kira pukul 11.30 pagi pada Selasa di Hospital Cyberjaya.

"Pembedahan selesai pada pukul 4.30 petang tadi. Dia perlu menjalani pemantauan selama lima hingga enam hari.

"Suami juga berkemungkinan perlu menjalani rawatan dialisis buat sementara waktu. Selain itu terdapat kecederaan pada bahagian limpa.

"Keadaannya stabil ketika ini tapi dia masih belum sedarkan diri. Saya berharap semua dapat terus mendoakan kesembuhan buat suami," kata Siti Noraida Hassan.

Muhammmad Nur Hadith dikejarkan ke Hospital Cyberjaya pada awal pagi Ahad (14 April) selepas dia ditembak pada bahagian perut di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Dua peluru ditembak, salah satunya terkena pada mangsa manakala lagi satu gagal mengenai sasaran iaitu Farah.

Pihak polis menahan suspek berumur 38 tahun, Hafizul Haraw di Kota Bharu, Kelantan sekitar pukul 3 petang pada Isnin. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain