suria

Hafizul cari 7 peguam pertahan diri kes tembak isteri di KLIA

Hafizul berkata dia memerlukan tujuh peguam untuk mewakili dirinya dalam kes berkenaan.

HAFIZUL Hawari, suspek kes tembak isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berkata dia memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakilinya.

"Saya perlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya," kata Hafizul, 38, kepada media selepas dibawa keluar daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Selasa pagi.

Terdahulu, Mahkamah Majistret memerintahkan tahanan reman tujuh hari ke atasnya sehingga Isnin, 22 April.

Dia direman bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafizul bawa bawa duit Bhat, Riyal... Suspek tembak isteri mungkin nak lari ke Makkah melalui Thailand

Untuk rekod, suspek melepaskan tembakan ke arah isterinya Farah Md Isa atau Farah Cie di balai ketibaan KLIA 1 pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, satu tembakan itu tersasar, manakala satu lagi tembakan mengenai pengawal peribadi isterinya yang berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan ditidurkan akibat kecederaan terbabit.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis di hadapan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pada pukul 3 petang Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain