suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ditemui maut akibat terkena tembakan

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis. -Gambar hiasan

ANAK perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, maut akibat terkena tembakan pada Selasa (16 April).

Remaja berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu pada 12.42 tengah hari Selasa.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail sedang berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu, ketika kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kejadian tersebut, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu," katanya.

Dzulbaharin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, 16 hari lalu. -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain