suria

Anwar ‘watak utama’ dalam ‘misi gila’ bawa pulang keluarga, nama jadi sebutan di Palestin - Nadir Al-Nuri

Nadir berkata Anwar merupakan watak utama dalam misi membawa pulang keluarganya yang terkandas di Rafah.

WATAK utama dalam 'misi gila' ini adalah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!

Demikian kata Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berhubung usaha membawa pulang keluarganya dari bumi Palestin ke Malaysia.

Imbas Nadir, segalanya bermula selepas dia bertemu 'watak utama' misi menyelamat itu menerusi sebuah acara di Shah Alam, Selangor, kira-kira sebulan lalu.

"Sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas 'saya akan bantu' dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.

"Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat, saya akhiri ayat dengan 'Kepada Allah jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah," ujarnya.

436256108_743402787956473_4108388881986116303_n

Nadir berkata ketegasan Anwar dalam isu Palestin menyebabkan nama Malaysia harum di bumi Palestin.

Namun kata Nadir, dia menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Farhan Fauzi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum diberi kejutan kepulangan keluarganya.

"Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliau yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.

"Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna kaedah ‘musuh urus kewangan’! Nadir jawab persoalan ke mana perginya sumbangan RM20 juta

"Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan," ceritanya lagi.

Dalam hantaran sama, Nadir menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha yang dilakukan Anwar dalam misi membawa pulang keluarganya baru-baru ini.

"Suka beliau atau tidak, dalam soal Palestin, umat perlukan satu ketumbukan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti.

"Tindakan PM menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut dalam kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Selain Anwar, Nadir turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby menerusi hantaran di Facebook itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain