suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kegembiraan main 'sotong ride' bertukar tragedi! Dua cedera tercampak ketika permainan berpusing

Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

TRAGIS.

Rakaman video yang memaparkan dua penumpang terhumban semasa permainan buaian 'sotong ride' di sebuah funfair sedang bergerak, mengejutkan warga maya.

Kejadian yang berlaku berhampiran Kompleks Sukan Likas, Sabah itu tular selepas rakaman video dimuat naik di media sosial pada malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.58 malam.

Ujarnya, dua mangsa yang merupakan seorang wanita dan lelaki dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan berkenaan.

“Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain