suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KWSP beri dividen tinggi... Konvensional 5.5 peratus, Simpanan Syariah 5.4 peratus

Pengumuman mengenai dividen KWSP dibuat pada Ahad. -Gambar The Star

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.

Perkara itu diumumkan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada Ahad.

Jumlah pembayaran dividen adalah RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM7.48 bilion bagi Simpanan Syariah.

Secara keseluruhan, jumlah pembayaran dividen bagi 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional 2022 dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tempoh sama dengan jumlah pembayaran RM45.44 bilion.

Berikut rekod peratus pembayaran dividen KWSP Simpanan Konvensional sejak 2010.

  • 2010 - 5.8 peratus
  • 2011 - 6 peratus
  • 2012 - 6.15 peratus
  • 2013 - 6.35 peratus
  • 2014 - 6.75 peratus
  • 2015 - 6.4 peratus
  • 2016 - 5.7 peratus
  • 2017 - 6.9 peratus
  • 2018 - 6.15 peratus
  • 2019 - 5.45 peratus
  • 2020 - 5.2 peratus
  • 2021 - 6.10 peratus
  • 2022 - 5.35 peratus

Berikut pula rekod peratus pembayaran dividen KWSP Simpanan Syariah sejak 2017.

  • 2017 - 6.4 peratus
  • 2018 - 5.9 peratus
  • 2019 - 5 peratus
  • 2020 - 4.9 peratus
  • 2021 - 5.65 peratus
  • 2022 - 4.75 peratus -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain