suria

Gadis dakwa dirogol polis pangkat sarjan di depan balai dan di parkir pasar raya

Seorang remaja mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirinya diperkosa anggota polis berpangkat sarjan dalam dua kejadian di Seri Iskandar, Perak pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan itu di dalam kereta di hadapan balai polis dan tempat letak kereta hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar.

Bagaimanapun kejadian itu hanya terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya baru-baru ini.

“Polis telah merakam percakapan mangsa untuk siasatan lanjut. Turut dirampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek,” demikian kenyataan sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 20 Januari lalu.

“Polis masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan luaran pada tubuh remaja tersebut.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain