suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seksyen 13 Shah Alam dilanda banjir kilat

Seksyen 13 dilanda banjir kilat pada Rabu.

BANJIR kilat dilaporkan berlaku di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku antara jam 3.40 petang dan 4.37 petang Rabu.

“Kami menerima laporan banjir berlaku di sepanjang Jalan Persiaran Sukan di situ.

“Kawasan terjejas termasuk laluan Bulatan Stadium menghala ke Pangsapuri Acapella, persimpangan lampu isyarat di jalan berhampiran Surau Munawwarah; lampu isyarat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata jalan Management and Science University (MSU) lama dan kawasan sekitar Pangsapuri Perdana, turut terjejas.

“Keadaan terkawal dan air mula surut,” katanya. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain