suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa saudara dengar ‘bisikan’... Bayi 40 hari dihempas ke lantai, kakak 3 tahun dicampak dari tingkat 1

Tangkap layar video dipercayai keluarga mangsa diambil keterangan. -Gambar Twitter

INSIDEN tragis menimpa dua beradik apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dicampak dari tingkat satu pangsapuri, manakala adiknya berusia 40 hari dihempas ke lantai.

Nasib malang dua beradik perempuan itu yang berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di Georgetown, didakwa angkara bapa saudara mereka.

Dalam kejadian 3.40 petang Rabu, suspek yang berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu patah kaki kiri dan cedera di mulut, sementara adiknya mengalami pendarahan di kepala.

Difahamkan, kanak-kanak dan bayi itu berada di kediaman nenek mereka berikutan ibunya masih dalam tempoh berpantang.

Dilaporkan, suspek turut mendakwa terdengar bisikan sebelum bertindak mencederakan kedua-dua mangsa tersebut.

Suspek juga dipercayai sedang menerima rawatan tradisional kerana mengalami masalah kesihatan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu dilaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain