suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Badan hancur, cebisan mayat ditemukan... Lelaki terjatuh dari tingkat 41

Polis mengusung mayat lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat 41. -Gambar IPD Melaka Tengah

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan yang mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 41 sebuah bangunan di Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur dipercayai akibat jatuh dari bangunan tinggi.

Beliau menambah, terdapat cebisan mayat di sekitar kawasan berkenaan.

"Seorang pekerja berusia 25 tahun mendengar bunyi kuat pada 12.30 pagi Rabu sebelum mayat ditemukan.

"Dua pekerja asing ternampak mangsa dipercayai berusia 50-an dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh dari bangunan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Christopher berkata, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mayat lelaki tersebut.

Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain