suria

1 Syawal jatuh pada 21 April? Isu ‘raya awal’ akan dibincang dengan Jawatankuasa Fatwa

Tarikh 1 Syawal akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Foto - ZULAZHAR SHEBLEE/ The Star

KHABAR angin tentang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka diraikan sehari lebih awal pada 21 April ini terus menjadi tanda tanya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, isu berkenaan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

"Seboleh-bolehnya kita nak elak apa yang berlaku tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut, itu hasrat kita. Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli astronomi UAE ramal Aidilfitri disambut 21 April, Ramadan tahun ini hanya 29 hari

"Kita tahu pengumuman tarikh raya terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja... jadi apa yang saya boleh nasihatkan adalah kita bersabar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada Jumaat.

Terdahulu, portal Gulf News melaporkan bahawa kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada 21 April.

Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) membuat jangkaan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain