suria

Sah Muhyiddin ditahan, bakal didakwa esok - SPRM

Muhyiddin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk melengkapkan siasatan, Khamis, Muhyiddin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.

"SPRM mengesahkan telah menahan beliau pada jam 1 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin akan dibebaskan, dijangka hadiri majlis solat hajat hari ini

"SPRM juga telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023," ujar SPRM menerusi satu kenyataan.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain