suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin akan dibebaskan, dijangka hadiri majlis solat hajat hari ini

Muhyiddin dijangka dibebaskan hari ini, kata Saifuddin. Foto: RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

TAN Sri Muhyiddin Yassin dijangka dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Kemas kini terbaharu menyatakan beliau akan dibebaskan nanti dan kemudiannya akan menyertai kami untuk solat hajat.

“Saya tidak pasti pukul berapa tetapi nanti,” kata Ketua Bersatu Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu di luar ibu pejabat SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin didakwa esok” - SPRM sahkan pendakwaan Muhyiddin, belum putuskan penahanan

Bekas perdana menteri itu dipercayai dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan wang RM300 juta disyaki diterima Bersatu daripada dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19.

Muhyiddin menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia fitnah politik yang bertujuan mencemarkan nama baiknya sebagai perdana menteri kelapan.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin berkata SPRM mengesahkan beliau bukan suspek dalam siasatan yang sedang dijalankan apabila dipanggil untuk memberikan keterangan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain