suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 37 mangsa diselamatkan, lebih 60 masih terperangkap

Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat. - Bomba Selangor

DIKEMASKINI

SERAMAI kira-kira 100 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.

Pasukan bomba dan penyelamat kini berada di lokasi kejadian mencari mangsa yang berada di sebuah tapak perkhemahan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Setakat ini, 37 mangsa berjaya diselamatkan.

tanah runtuh

Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Selangor membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat. foto APMTwitter

"Anggota penyelamat daripada lebih enam balai bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Usaha menyelamat masih diteruskan," katanya ketika dihubungi The Star.

Dilaporkan, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain