suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong tolak terima gaji sejak permulaan pandemik Covid-19 - Anwar

Anwar ketika menerima watikah pelantikan sebagai Perdana Menteri daripada Yang di-Pertuan Agong.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah terlebih dahulu menolak untuk menerima gaji.

"Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak Covid-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak Covid-19.

"Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Rabu.

Anwar berkata ini adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong untuk membantu meringankan beban rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin nasib rakyat, menteri rela potong gaji 20 peratus - Anwar

Anwar yang kini menggalas jawatan sebagai Menteri Kewangan menjelaskan perkara tersebut sebagai lanjutan daripada pengumumannya tempoh hari untuk tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri.

Anwar sebelum ini memaklumkan dia tidak akan menerima sebarang gaji sebagai Menteri Kewangan kerana seorang menteri seharusnya menerima satu gaji sahaja.

Pada 4 Disember, Anwar mengumumkan Kabinet menteri bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sehingga ekonomi Malaysia kembali pulih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI