suria

Barisan Kabinet baharu angkat sumpah jawatan di hadapan Agong

Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Negara.

MAJLIS angkat sumpah Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berlangsung pada Sabtu petang.

Barisan Kabinet, terdiri daripada 28 menteri untuk pelbagai portfolio, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab! Anwar umum barisan Kabinet... Zahid, Fadillah jadi TPM

Berikut adalah barisan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Kadir

Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Komunikas Digital: Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Ago Dagang

Menteri Agama: Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali

Menteri Sumber Manusia: Sivakumar Varatharaju Naidu

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Empat senator baharu angkat sumpah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain