suria

[V] “Ingatkan makcik jual jeruk pelam” - Netizen kesian tengok Zuraida, kempen sampai ke tengah jalan nak raih undi

Tindakan Zuraida dibimbangi membahayakan dirinya.

SEBUAH video menunjukkan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin berkempen di tepi jalan raya yang sibuk bagi meraih undi dari penduduk Ampang, Selangor tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, Zuraida kelihatan memegang plakad meminta orang awam yang melalui jalan utama berhampiran dengan sebuah stesen minyak di Ampang Jaya untuk membunyikan hon.

Bagaimanapun flashmob Zuraida yang juga calon kerusi Parlimen Ampang itu bersama jenteranya mengundang kerisauan dalam kalangan pengguna media sosial kerana bimbang tentang keselamatannya.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi PBM, JC Jess Choi, pihaknya sudah memberi taklimat keselamatan kepada semua individu yang menyertai flashmob itu.

Katanya tujuan flashmob itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengundi untuk keluar mengundi.

"Beliau (Zuraida) ke tengah jalan sebagai simbolik flashmob sahaja dan selepas itu berdiri di tepi jalan untuk meneruskan flashmob tersebut kira-kira 30 minit," katanya.

Tangkap layar gambar dikongsikan PBM sekitar kempen berlangsung.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa 'simpati' terhadap Zuraida yang dianggap sudah 'jatuh' akibat tindakannya bersekongkol dengan beberapa bekas pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Azmin Ali.

Zuraida kemudian menyertai parti Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Kemudian pada Mei lalu Zuraida mengumumkan keluar Bersatu bagi menyertai PBM.

"Cara berkempen pun dah mencerminkan tahap mana saja IQ dan kecerdasan fikiran. Pilihlah calon yang berwibawa untuk mewakili anda di kawasan Parlimen anda.

“Aku ingatkan makcik jual jeruk pelam tadi... sungguh! Inilah akibatnya, jatuh sampai ke tahap seperti ini. Betul-betul macam dalam movie.

"Kesian YB nak minta kerja (jadi wakil rakyat), sampai macam tu sekali. Kita sebagai majikan, pilihlah pekerja yang terbaik. Tengok resume/cv mereka dengan teliti. Jadilah majikan yang bijak," kata beberapa netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain