suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRU15: Saingan 7 penjuru di kerusi panas Sungai Buloh

KJ menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

KERUSI 'panas' Parlimen Sungai Buloh menyaksikan tujuh calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pegawai pengurus pilihan raya Mohd Jusni Hashim mengumumkan proses penamaan calon di Dewan Kenanga, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Shah Alam ditutup pada jam 10 pagi.

Calon yang mendaftarkan pencalonan bagi kerusi panas itu ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Barisan Nasional-Umno), Ramanan Ramakrishnan (Pakatan Harapan-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional-PAS), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Gerakan Tanah Air -Pejuang ), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia), Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas) dan Nurhaslinda Basri (Bebas).

Artikel Lain