suria

Jenazah mangsa rentung selamat dikebumikan

Jenazah Azie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Kota Tinggi, pada petang Ahad.

JENAZAH Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang maut dalam kemalangan ngeri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Kota Tinggi, pada petang Ahad.

Arwah Nurul Nazihah atau Azi selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.40 petang.

Kira-kira lehih 100 sanak-saudara serta rakan taulan membanjiri kawasan tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, keadaan tenang kemudiannya bertukar hiba sebaik van yang membawa jenazah Azi memasuki kawasan perkuburan kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Lukut Batu Empat sebelum di bawa kediaman ibu bapanya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.

Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira, Proton Preve dan Toyota Vios serta sebuah lori Isuzu.

Selain Nurul Nazihah yang menaiki Proton Wira, seorang lagi mangsa maut yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain