suria

Warga asing ramas punggung wanita ditahan, mangsa sempat jerit di tepi jalan

Seorang wanita membuat laporan polis selepas dicabul oleh lelaki warga asing. -gambar hiasan

SEORANG lelaki warga asing ditahan kerana didakwa mencabul seorang wanita di tepi jalan di Kota Damansara, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berusia lewat 30-an itu sedang berjalan ke kereta rakannya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam Ahad (28 Ogos) apabila dia merasakan seseorang menyentuh dan memicit punggungnya.

"Apabila dia menoleh, dia ternampak seorang lelaki warga asing di sebelahnya lalu dia menjerit sebelum melarikan diri.

"Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan ditahan, disyaki cabul murid lelaki 12 tahun dalam surau sekolah

Beliau berkata, siasatan polis membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing berusia awal 30-an, berhampiran sebuah kondominium di Kota Damansara.

"Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Kita menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil untuk membantu siasatan," kata Mohamad Fakhrudin. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain