suria

Lebih 30,000 jawatan kosong libatkan 1,000 majikan tersedia di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

Ekspo sedang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur sehingga Rabu ini.

BERITA baik buat orang ramai yang sedang mencari pekerjaan, Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 sedang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur sehingga Rabu ini.

Dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ia merupakan satu usaha bagi menangani isu pengangguran dan jurang yang wujud antara penawaran dan permintaan pekerjaan di negara ini.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, ia merupakan karnival pekerjaan terbesar yang julung kali diadakan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di bawah Bajet 2022.

"Berkonsepkan ‘One Stop Employment Solution’, ekspo ini bermatlamat menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai peluang pekerjaan di seluruh negara oleh para majikan di bawah satu bumbung.

Ekspo sedang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur sehingga Rabu ini.

Ekspo ini dianjurkan oleh KSM melalui Perkeso.

"Terdapat lebih 30,000 kekosongan jawatan daripada pelbagai kategori dan sektor pekerjaan termasuk profesional dan pengurusan untuk diisi oleh pencari kerja di ekspo kerjaya ini dengan penglibatan kira-kira 1,000 majikan termasuk sektor ekonomi gig, keusahawanan dan penyedia latihan yang menyediakan program ‘Place and Train’.

"Petronas, ExxonMobil, UMW Holdings, MBSB Bank dan RHB Bank adalah antara majikan yang akan menyertai ekspo ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara aktiviti lain yang disediakan termasuklah kaunseling kerjaya, bantuan penyediaan resume, pertandingan e-Sport, debat Institut Pengajian Tinggi (IPT), ceramah kebolehpasaran pekerjaan serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, program Ideathon bagi penghasilan aplikasi khusus buat Orang Kurang Upaya (OKU), sesi perkongsian bagi pembangunan usahawan, demonstrasi ‘cloud kitchen’, jualan Food Truck dan RTWprenuers dan persembahan oleh penghibur jalanan (busker) dan ‘Youth Icon’ juga turut berlangsung.

Lucky Draw TC_Lucky draw_01 (1)

Pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah turut ditawarkan kepada pengunjung.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma dan menikmati tawaran diskaun istimewa bagi saman di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Orang ramai turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah seperti motosikal, komputer riba, telefon pintar, televisyen dan sebagainya.

Orang ramai diminta untuk membuat pra-pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut berkaitan ekspo ini boleh diakses melalui pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau 03-80915300 atau e-mel ke [email protected].

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain