suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot bertembung: Lelaki 50 tahun disahkan maut selepas sejam terima rawatan

Keadaan bot penumpang yang bertembung.

PERTEMBUNGAN dua bot penumpang di perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum di Semporna, Sabah mengakibatkan seorang lelaki maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam Jumaat itu, mangsa berusia 50 tahun terjatuh ke laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.31 malam.

"Laporan diterima daripada seorang pengadu memaklumkan bot tambang yang dinaikinya bersama tujuh penumpang lain berlanggar dengan sebuah bot kecil yang tidak berlampu.

"Akibat kejadian itu, bot kecil terbabit mengalami kerosakan pecah pada bahagian belakang manakala enjin jatuh ke dasar laut selain pemandu bot terbabit juga terjatuh ke laut," katanya pada Sabtu.

Katanya lagi, mangsa berjaya diselamatkan hasil daripada tindakan pantas pengadu bersama penumpang bot berkenaan.

"Pengadu dan penumpang bertindak menarik mangsa ke dalam bot penambang dan seterusnya membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, selepas lebih sejam dirawat di wad kecemasan hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia