suria

SOP pelitup muka kekal, tapi ketahui 9 situasi tak wajib pakai mask

SOP mewajibkan pemakaian pelitup muka masih dikekalkan buat masa ini

PROSEDUR operasi standard (SOP) mewajibkan pemakaian pelitup muka masih dikekalkan buat masa ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Khamis petang ketika ditanya sama ada Malaysia mengikut langkah Singapura yang mengumumkan tidak diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan bermula 29 Mac depan.

Bagaimanapun, Khairy berkata, terdapat keadaan dari segi pengecualian pemakaian pelitup muka yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu sempadan darat Singapura – Malaysia dibuka 1 April... ada 3 perkara anda tak perlu buat

1. Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, penginapan, tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain.

2. Ruang kerja bersendirian.

3. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah.

4. Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing.

5. Sewaktu makan dan minum.

6. Aktiviti persembahan, menyanyi, menari, berlakon dan berceramah.

7. Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

8. Individu berkeperluan khas dan orang kelainan upaya (OKU) tertentu seperti cerebral palsy dan autisme.

9. Individu yang mempunyai masalah pernafasan dengan syarat mengemukakan laporan perubatan.

Dilaporkan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa orang ramai tidak diwajibkan lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan di republik itu kerana risiko jangkitan adalah jauh lebih rendah.

Lapor berita.mediacorp, Hsien Loong berkata, pemakaian tersebut bagaimanapun masih diwajibkan ketika berada di dalam bangunan.

Pengumuman tersebut sebahagian daripada tindakan Singapura menjalani kehidupan dengan Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain