suria

Cubaan menyelamat tidak berjaya... suami, isteri maut terkena renjatan elektrik pemanas air

Pasangan suami isteri maut dipercayai akibat renjatan elektrik.

SEPASANG suami isteri maut di dalam bilik air di rumahnya di Taman Puncak Teringkap, Cameron Highlands pada Khamis.

Difahamkan kedua-dua mereka meninggal dunia disebabkan terkena renjatan elektrik yang berpunca daripada pemanas air.

ATIKEL BERKAITAN: Ngeri dikejar harimau selepas 'cod', penghantar makanan tidak dapat tidur nyenyak... terbayangkan saiz harimau

ATIKEL BERKAITAN: Sotong ada sijil halal Jakim, netizen sebar fitnah bakal disaman syarikat pengeluar

Menerusi perkongsian netizen, ketika kejadian mangsa wanita terbabit cuba membantu suaminya yang terkena renjatan elektrik ketika mandi menggunakan pemanas air.

Dia bagaimanapun tidak berjaya berbuat demikian dan turut terkena renjatan, namun anak perempuan berusia 10 tahun yang memberikan kayu bagi membantunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasangan suami isteri maut dipercayai akibat renjatan elektrik.

Pasangan suami isteri maut dipercayai akibat renjatan elektrik.

Memetik laporan Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, Zulfadli Zakaria, panggilan mengenai kejadian itu diterima kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurutnya, tujuh pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan terbabit.

"Apabila tiba di lokasi kita mendapati pasangan terbabit telah jatuh di dalam bilik air dan kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.

Pemanas air yang digunakan dipercayai rosak.

Anggota bomba memeriksa pemanas air yang dikatakn punca berlakunya renjatan elektrik.

"Saya difahamkan pasangan itu antara berusia 35 dan 40 tahun," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menjelaskan, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain