suria

Tindakan pantas jurugambar The Star, The Sun selamatkan wanita di Jambatan Pulau Pinang

Tindakan pantas jurugambar berjaya menyelamatkan wanita daripada terjatuh di Jambatan Pulau Pinang.

TINDAKAN pantas dua jurugambar berjaya menghalang seorang wanita daripada terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, George Town Pulau Pinang pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Ahmad Zhafaran Nasib dari Star Media Group dan Masry Che Ani dari The Sun Daily, berasa pelik apabila melihat kelibat seorang wanita dipercayai berusia 30-an duduk di atas tembok di KM3.4 sebelah pulau jambatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut terjun dari tingkat 12 selepas didakwa tikam isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan penyelamat gigih buat pencarian, lelaki terjun sungai rupa-rupanya dah selamat balik rumah

Ekoran itu, mereka berhenti dan Masry berjaya menarik wanita terbabit ke tempat selamat.

Ahmad Zhafaran kemudian menenangkan wanita itu sementara menunggu ketibaan polis dan anggota PLUS Malaysia Bhd.

Mereka yang mempunyai masalah atau isu berkaitan kesihatan mental boleh menghubungi: Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim (WhatsApp 011-1959 8214); atau Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia). - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain