suria

SPM: 407,097 calon duduki ujian bertulis mulai 2 Mac

Calon SPM akan menduduki ujian bertulis mulai 2 Mac. Gambar hiasan

SERAMAI 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mulai 2 Mac hingga 29 Mac ini.

Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik 50,514 petugas peperiksaan untuk ditempatkan di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang SPM, pelajar dan ibu sepakat beri ‘beg istimewa’ buat semua guru yang mengajar... apa hadiah di dalamnya, biarlah rahsia!

LP dalam masa yang sama turut mengingatkan calon untuk membawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan.

Calon juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam.

LP juga mengingatkan calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun dari www.lp.moe.gov.my. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain